Bajet 2017: Penjawat Awam Terima Kelebihan Cuti Belajar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kelebihan ‘cuti belajar’ kepada penjawat awam.

 

 

Kelebihan tersebut diumumkan Najib sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa penjawat awam dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran kerajaan.

 

 

“Sukacitanya saya mengumumkan cuti belajar untuk penjawat awam dengan gaji penuh beserta biasiswa.

 

 

“Kiat berada di ambang enam dekad kemerdekaan dan selama itulah penjawat awam yang kini berjumlah 1.6 juta orang menjadi tonggak pentadbiran dan jentera kemajuan,” katanya di dalam ucapan beliau di pembentangan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat.

 

 

Selain daripada itu, penjawat awam juga turut menerima kemudahan pinjaman perumahan yang dinaikkan kelayakannya daripada serendah RM120 ribu kepada RM200 ribu.

 

 

“Pinjaman paling tinggi bagi perumahan juga dinaikkan daripada RM600 ribu kepada RM750 ribu,” tambah beliau.

 

 

Selain daripada itu, kerajaan turut mengumumkan beberapa kemudahan lain kepada penjawat awam yang diantaranya:

 

 

-Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak lima hari

 

 

-Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pmbelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap tiga tahun

 

 

-Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000

 

 

-Sebanyak 30k unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k

 

 

-Pegawai contract of service dan contract for service yang akan tamat pnghujung tahun ini, kerajaan lanjutkn sekurang-kurangnya setahun lagi

 

 

-Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar

 

 

-Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatanya Disember 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.