Bajet 2017: Najib Sindir Mahathir Jumpa Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menyindir mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ketika sesi pembentangan Bajet 2017 di Parlimen hari ini beliau menyentuh isu pertemuan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bersama bekas musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah sebelum ini.

 

 

Najib dalam pembentangan bajet itu turut mengimbau kembali pesan Allahyarham mantan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mengingatkan beliau agar tidak terlalu menyukai atau membenci seseorang.

 

 

“Secara peribadi Haron ada menyebut kepada saya jika kita suka seseorang itu berpada-padalah, mana tahu kelak kita akan membenci, kalau kita benci seseorang itu pula berpada-padalah, kerana mungkin orang yang kita benci itu kelak akan menjadi org yang kita sayang,” katanya.

 

 

“Itulah dia jadinya, barangkali kerana itulah sampai ke mahkamah cari seorang yang pernah dia benci,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.