Seorang Wanita Disepak, Ganyang

Video pergaduhan yang melibatkan tiga wanita seorang daripadanya dipukul oleh menjadi viral menerusi laman Facebook kelmarin.

 

 

Menerusi Friends of BN yang berkongsi video tersebut memberitahu, kejadian tersebut berlaku di Bachok, Kelantan.

 

 

Dalam video tersebut kelihatan seorang wanita berbaju ungu dan berseluar jeans dipukul beberapa kali di bahagian kepala dan badan. Seorang wanita lain turut menendang kepala mangsa beberapa kali.

 

 

Menerusi status yang dimuat naik Friends of BN menyebutkan “Kes pukul perempuan sama perempuan, mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan,” tulis laman itu.

 

 

Kejadian yang dikatakan akibat berlaku akibat salah faham itu disaksikan 10,000 pelayar dan rata-ratanya meninggalkan komen menggesa PDRM segera menyiasat kejadian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.