Manchester City Ada Kelebihan – Van Gaal

LOUIS Van Gaal mendakwa Manchester City mempunyai peluang cerah dalam pertembungan dua pasukan gergasi Manchester pada Ahad ini.

 

Hal ini kerana City beraksi di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Khamis manakala Menchester United bertandang ke Rusia.

 

Dalam perlawanan tersebut anak didik Van Gaal bakal diuji oleh CSKA Moscow sebelum bergegas pulang untuk membuat persiapan saingan Liga Perdana Inggeris.

 

City yang beraksi di Stadium Etihad pula akan melayan kunjungan Sevilla dan kesempatan itu memberi ruang kepada Manuel Pellegrini membuat persiapan rapi.

 

“Setiap kelab yang berada di puncak carta liga sering menhadapi masalah ini. Tetapi kali ini Manchetser City mendapat kelebihan, kerana mereka beraksi di laman sendiri.

 

“City tidak perlu tempuh perjalanan jauh. Oleh itu mereka dapat berehat. Ini kelebihan mereka. Kami akan cuba membantu para pemain sendiri,” jelasnya. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.