Jerebu: Penerbangan Dibatalkan, Sekolah Di Langkawi Ditutup Esok

LANGKAWI – Jerebu kembali melanda Langkawi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat mencecah 149 setakat jam 2 petang tadi, sehingga memaksa 34 penerbangan keluar masuk dibatalkan.

 

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Jefri Ramli berkata, 12 penerbangan lain dari dan ke Langkawi juga terlewat, berikutan jarak ketampakan rendah.

 

“Lapangan terbang ini masih beroperasi dan keputusan membatalkan penerbangan dibuat syarikat penerbangan sendiri, setelah mendapat maklumat dari DCA (Jabatan Penerbangan Awam),” katanya.

 

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Marzuki Daud memaklumkan, semua sekolah di pulau ini ditutup esok, berikutan trend bacaan IPU tidak sihat yang semakin meningkat.

 

Jerebu yang semakin teruk mula melanda petang semalam dan ini merupakan kali kedua Langkawi berdepan masalah ini, selepas pertama kali mengalami keadaan itu pada awal bulan ini. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.