Enam Pemimpin Gereja Terlibat Penipuan Wang

SINGAPURA – Enam pemimpin daripada gereja mega di Singapura telah didapati bersalah kerana rasuah dalam kes yang melibatkan nilai wang berjumlah S$ 50 juta pada Selasa.

 

Hakim memutuskan paderi Gereja City Harvest ini, Kong Hee, dan lima yang lain terlibat menggunakan kewangan gereja untuk membiayai kerjaya muzik isterinya, Sun Ho, atau memalsukan palsu untuk menutupinya.

 

Ketika dalam perbicaraan, defendan tampil berhujah bahawa kerjaya muzik pop Sun merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mendekati orang bukan Kristian dengan lebih mudah lapor BBC.

 

Sementara itu, hukuman terhadap mereka akan dijatuhkan pada tarikh yang lain dengan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

 

City Harvest merupakan salah satu daripada gereja-gereja yang terkaya di Singapura.

 

Gereja tersebut mempunyai kira-kira 30,000 ahli di Singapura, selain turut bergabung dengan gereja-gereja di Malaysia, Indonesia, India, Taiwan, Brunei dan Australia. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.