Dron Perlu Didaftar Kepada Kerajaan

WASHINGTON- AMERIKA SYARIKAT. Jabatan Pengangkutan Amerika Syarika (AS) menggesa pengendali dron mendaftarkan dron milik mereka kepada kerajaan persekutuan.

 

 

Jabatan berkaitan pendaftaran dron dijangka ditubuhkan pada pertengahan November dan peraturan berkaitan penggunaan dron dikuatkuasakan pada pertengahan Disember.

 

 

Menurut laporan ABC News, langkah tersebut diambil selepas insiden yang melibatkan dron berada pada tahap yang membimbangkan.

 

 

Kehadiran dron oleh juruterbang dan di lapangan terbang meningkat sebanyak empat kali ganda tahun lepas manakala sekurang-kurang terdapat 18 kes dron terbang secara haram di kawasan melibatkan kebakaran hutan.

 

 

Menurut Setiausaha Jabatan Pengangkutan, Anthony Foxx, pihaknya melalui banyak proses untuk mengenal pasti pemilik dron tersebut.

 

 

“Kami harap apabila dron didaftarkan, kami mampu mengesan pengendali dron dengan lebih mudah,” katanya.

 

 

Peraturan untuk mengawal penggunaan dron komersial dijangka dimuktamadkan pada Jun 2016 ini dikecualikan kepada sesetengah dron di bawah kategori mainan, kerana ia tidak mendatangkan bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.