Video: Puting Beliung Di Pandamaran Klang, 30 Rumah Ranap

Pelabuhan Klang – Kira-kira 30 rumah di Pandamaran, di sini, dilapor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu membabitkan dua blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Lee Fu Hae, berkata dalam tempoh hanya 30 minit beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran mengalami kerosakan teruk akibat ribut berkenaan, termasuk pokok tumbang dan rumah rosak.

Katanya, ribut berkenaan kelihatan seperti puting beliung kecil sehingga kekuatannya menerbangkan atap rumah di bangunan tinggi.

Berikut adalah laporan berhubung kejadian tersebut:

Tarikh:- 21hb Oktober 2014
Masa:- Sekitar jam 2.00 petang

ULASAN:-
Satu kejadian bencana alam ribut kencang telah berlaku di kawasan Pandamaran dan sekitarnya.

Hasil tinjauan didapati kawasan terjejas di Kunci Air Jalan Banting Pandamaran yang kana terdapat pokok-pokok tumbang dan bumbung premis telah terbang dibawa angin ribut dan berapa buah bot yg berada di jeti berhampiran telah tenggelam.

Antara premis yg terlibat adalah seperti berikut:
1. Gudang Penyimpanan Tong Gas.
2. Tokong Aji San.
3. Flat PKNS
4. Flat Pandamaran Permai.

Akibat daripada ribut tersebut bekalan elektrik telah terputus dan pihak TNB telah di hubungi. Setakat ini 3 laporan polis telah dibuat iaitu di Balai Polis Pandamaran.

Menurut sumber, SUB UMNO Bahagian Klang telah turun melawat ke kawasan berkenaan serta pegawai JKM juga telah turut dimaklumkan mengenai perkara berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.