Rakan Zairil Dakwa, Gambar ‘Mesra’ Bersama Dyana Dimuatnaik oleh MP DAP Itu Sendiri

Kuala Lumpur – Salah seorang kenalan Facebook kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengakui bahawa beberapa keping gambar kontroversi yang tersebar di laman sosial baru-baru ini sebagai asli dan tulen.

Akaun Facebook bernama Fairuz Azhan itu turut meminta orang ramai supaya memikirkan kejadian tersebut dengan pemikiran yang waras.

“Memang itu akaun Zairil yang original kerana gambar-gambar berkenaan dapat dilihat di ‘timeline’ rakan-rakan Facebooknya termasuk saya. Jelas gambarnya bukan disunting, gambarnya merupakan video gambar percintaan mereka dengan kata-kata cintan cantun (romantik).

“Dia kata digodam? Pertama kali kena godam dan ia selama 5 minit sahaja? Sila guna akal, bukan sentimen,” katanya yang dipetik daripada status Facebook.

Zairil yang juga Ahli Jawatankuasa (CEC) DAP itu dikatakan cuba menghantar gambar berkenaan secara sulit kepada Dyana Sofya namun gagal tanpa sedar.

“Jelas bahawa sebenarnya Zairil berniat mahu buat ‘private post’ (penghantaran sulit) tetapi terbuat ‘public’ (umum). Dalam post yang sama, Zairil ‘tag’ akaun Dyana yang peribadi, ‘Dyana So’.

“Apabila gambar yang dimuatnaik untuk privasi tetapi salah letak sebagai umum, jadilah macam ni. Kenapa tidak logik pula Zairil ada hubungan dengan Dyana? Sila jelaskan… Selama ini aku diam je jaga aib ‘as a gentleman’. Tetapi dia sudah terbuka aib sendiri… barakallah,” katanya.

Sebelum ini, Zairil berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran foto yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita di laman web sosial.

Foto-foto tersebut yang menunjukkan seseorang yang kelihatan seperti dirinya sedang melakukan hubungan intim dengan seorang wanita yang kelihatan seperti calon DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mula muncul di Facebook, Ahad lalu.

One thought on “Rakan Zairil Dakwa, Gambar ‘Mesra’ Bersama Dyana Dimuatnaik oleh MP DAP Itu Sendiri

  • October 22, 2014 at 11:48 pm
    Permalink

    bila manusia mencabar hukum Allah dengan terus membuat dosa dan maksiat kesan dan akibat balik pada manusia sendiri…mungkin manusia rasa diri sudah hebat…berilmu tinggi berpangkat tinggi berkuasa tinggi harta bertambun tinggi dan segalanya tingi-tinggi belaka menjadikan mereka semakin sombong megah diri dan ‘kurang ajar’ pada Allah…menyalahguna kuasa korupsi melakukan kezaliman penindasan jenayah dan kebebasan sosial…dunia dan sistem hidup menjadi kacau-bilau porak peranda dan tungging terbalik akibat dari kesalahan yang dilakukan olih manusia sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.