Lelaki Lemas Jatuh Sungai Ketika Tarik Jaring

Johor Bahru – Seorang lelaki berusia 31 tahun lemas akibat terjatuh ke dalam sungai selepas cuba menarik jaring dalam kejadian di Jalan Kempas, Kampung Baru Cina, Ulu Tiram, di sini malam tadi.

Mayat Lee Keng Thoon ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jam 3 pagi tadi selepas lebih tiga jam dilaporkan hilang.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam tadi sebelum pasukan mencari dan menyelamat ditubuhkan untuk mengesan mangsa.

“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 11.53 malam dan bertindak menjalankan operasi untuk mencari mangsa.

“Selepas lebih tiga jam usaha mencari dijalankan, mayat mangsa ditemui pada jam 3 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.