Janin Bayi Di Sungai Segambut

Kuala Lumpur – Seorang kontraktor terkejut apabila menemui objek dipercayai janin pada perangkap sampah di Sungai Segambut, Off Jalan Segambut, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, kontraktor berkenaan yang sedang melakukan kerja pembersihan sampah di kawasan sungai itu curiga apabila melihat satu objek dalam keadaan terapung.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy yang mengesahkan perkara itu berkata, pemeriksaan awal mendapati janin itu cukup sifat semasa dibawa keluar dari perangkap sampah di sungai itu.

Menurutnya lagi, berdasarkan siasatan awal usia janin berkenaan dipercayai kira-kira lima hingga enam bulan.

Bagaimanapun, polis belum dapat mengenalpasti jantina janin berkenaan dan ia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Motif ia dibuang dan individu yang terbabit juga belum diketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.