Gara-Gara Luqman, Peminat Ajak Fahrin Kahwin

Petaling Jaya – Pelakon Fahrin Ahmad mengakui namanya kembali menjadi sebutan sejak tayangan drama ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’. Bahkan ramai peminat wanita yang mengajaknya berkahwin. Semuanya gara-gara watak Luqman yang dibawakan dalam drama berantai yang kini mencipta fenomena, yang ditayangkan di TV3.

“Sejak drama tu, ramai yang nak ajak saya kahwin (gelak). Sampaikan ada #nakkahwindenganfahrin di laman-laman sosial seperti Twitter dan Instagram. Tapi saya katakan pada mereka, yang mereka nak kahwin tu bukan dengan saya tapi dengan Luqman”, dedahnya kepada pihak media ketika di temui pada sidang media pengumuman pengacara ASK2014 barisan pengacara bersama bertempat di Sri Pentas, semalam.

Namun kata Fahrin, dia menolak ‘lamaran’ peminat-peminat tersebut dengan cara baik.

“Hal macam ni, kita sebagai pelakon jangan terbawa-bawa sangat. Bagi saya, bila berdepan dengan situasi macam ni (peminat ajak kahwin), saya bersikap tenang dan hanya tersenyum saja dek gelagat sebilangan peminatnya.

“Kalau diluar, ada juga peminat dikalangan makcik-makcik yang nak kenalkan saya pada anak mereka. Tapi saya senyum sajalah. Saya katakan, kalau nak kenalkan saya tiada masalah…”, katanya yang sudah 13 tahun bergelar pelakon.

Mengesahkan masih solo hingga kini, Fahrin berkata dia sebetulnya sudah seperti putus asa untuk bercinta. Namun seperti orang lain dia sentiada berharap agar dipertemukan jodoh.

“Saya sebenarnya dah putus asa nak bercinta. Di usia 35 tahun ni saya rasa kematangan saya dalam menilai pun dah lain. Tapi buat masa sekarang saya belum jumpa lagi yang betul-betul sesuai dengan saya. Sebolehnya saya mahu dengan orang yang diluar industri”, katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.