Bincang Atasi Rasuah Pegawai, Anggota polis

Kuala Lumpur – Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu rasuah dalam kalangan penguatkuasa itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Pertemuan berkenaan melibatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Johan Jaafar.

Khalid berkata, melalui pertemuan tersebut, mereka berbincang dan bertukar pendapat mengenai cara untuk memperbaiki tindakan dalam menangani salah laku dan rasuah.

Malah menurutnya, segala siasatan berkait isu rasuah terhadap polis telah diserahkan sepenuhnya kepada SPRM.

“Kami mengadakan perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan dengan cara-cara untuk kita perkemaskan lagi tindakan-tindakan kita dalam salah laku dan rasuah di kalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya.

“Pertemuan ini beri banyak manfaat kepada PDRM dan jabatan barunya, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard memastikan tahap salah laku dan salah guna kuasa juga rasuah berada dalam keadaan ‘on check’ di setiap peringkat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Sementara itu, Johan berkata, pihaknya puas hati dengan penjelasan yang telah diberikan PDRM di dalam usaha untuk menangani gejala rasuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.