Anugerah Skrin 2014 Gandingkan 7 Selebriti Popular

Petaling Jaya – Anugerah paling berprestij dan ditunggu-tunggu ramai, Anugerah Skrin (ASK2014) bakal berlangsung tidak lama lagi. Menariknya kali ini selain kelainan yang cuba disuntik dalam persembahan-persembahan yang akan dipertontonkan nanti, anugerah yang mengiktiraf para penggiat seni dan karyawan tanah air tidak lengkap tanpa pengacaranya.

Tahun ini, ASK memberi kepercayaan kepada pelakon Fahrin Ahmad sebagai hos yang akan bergandingan dengan tujuh artis popular iaitu Zul Ariffin, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shila, Fiza Sabjahan, Fara Fauzana dan Amyra Rosli dalam setiap segmen.

“Saya difahamkan ada di antara mereka yang akan bergandingan dengan saya pada malam tu. Dan bagi yang dah ada pengalaman dalam pengacaraan, mereka akan mengacara sendiri. Saya sangat berbesar hati kerana akan menjalankana tanggungjawab ni bersama rakan artis yang lain. Tak kiralah mereka yang masih baru atau yang dah ada pengalaman, saya akan tetap bagi sokongan”, kata Fahrin ketika ditemui pada sidang media pengumumam pengacara ASK2014 bertempat di Sri Pentas, semalam.

Namun untuk dirinya sendiri, pelakon drama ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ ini memberitahu, timbul sedikit kebimbangan dari segi pendekatan yang bagaimana akan ditonjolkan sepanjang mengacarakan acara itu nanti memandangkan beberapa hari sebelum itu dia bakal mengacarakan satu lagi anugerah berprestij negara.

“Sebelum ASK, saya ada satu tugas untuk satu lagi acara besar iaitu Festival Filem Malaysia (FFM26) pada 1 November dan pada 7 November untuk ASK. Beerti saya terlibat dalam dua acara besar dalam seminggu, bimbang juga kalau-kalau nanti ada yang kata asyik muka saya saja. Saya juga sedang fikirkan pendekatan dan kelainan yang bagaimana saya akan sampaikan sepanjang menjalankan tugas. Tak mahu nnati penonton nampak cara pengacaraan saya untuk kedua-dua anugerah ini sama saja.

“Ini merupaka kali pertama saya mengacarakan ASK. Saya sebenarnya telalu sibuk untuk gelabah sebab jadual penggambaran saya sangat padat. Tapi saya akan berikan yang terbaik pada malam itu dan saya akan cuba jadi diri saya sendiri”, katanya.

Sementara itu bagi pelakon Syukri Yahya, Zul Ariffin dan Amyra Rosli, walaupun masing-msing tiada pengalaman dalam dunia pengacaraan tetapi mereka menganggap kesempatan yang diberikan untuk mengendalikan ASK sebagai satu cabaran.

“Saya ni pemalu orangnya. Inikan pula saya harus berdepan dengan ramai orang dan mengacarakan acara live. Kalau berlakon tu lain, sebab kita tak pandang sangat kamera. Tapi saya nak cabar diri saya sendiri. Saya juga dah bersedia dengan kritikan dan kalau nanti Fahrin nak buli saya pun, saya dah sedia”, kata Syukri Yahya yang turut memberitahu dia banyak membuat rujukan sendiri dengan menonton semula ASK tahun-tahun lalu di Youtube.

Masa mulanya saya tak mahu tapi ibu asihatkan saya kenapa tidak saya sahut cabaran ni. Rasa gementar tu memang tak dapat dinafikan. Apa yang saya bimbangkan, saya ni jenis susah nak sorok kalau saya rasa gementar. Tapi saya akan cuba yang terbaik, harap-harap semuanya okay”, kata Amira pula.

Manakala bagi Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana, mereka tidak mempunyai banyak masalah kerana sudah biasa dengan selok belok pengacaraan menerusi program masing-masing. Namun kata kedua-dua selebriti ini, rasa gementar dalam diri tetap ada.

“Kalau untuk acara berbentuk hiburan, ini kali pertama saya dan ia satu pengalaman baru. Sejujurnya saya kurang suka mengacarakan program atau acara berbentuk hiburan tapi tak salah kalau sesekali memcuba. Sebagai persiapan, saya tonton ASK tahun-tahun lalau di Youtube”, kata Fiza Sabjahan yang sudah tujuh tahun bergelar pengacara antaranya seperti program Nona, Wanita Hari Ini dan Sembang Sahur.

“Ini kali kedua saya mengacarakan ASK. Walauun kali ini saya bukan pengacara utam, tapi saya suka dan tak kisah diletakkan sebagai pengacara bersama. Saya tiada masalah berkerja dengan ramai pengacara dalam satu acara sebab sebelum ni saya berkongsi pentas dengan lima orang hos ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu 2006. Saya percaya, kalau ada reheasal yang cukup, semuanya akan berjalan lancar”, kata Fara Fauzana.

Bertemakan konsep prestij dan anggun, ASK2014 juga akan dimeriahkan dengan persembahan-persembahan menarik dan luar biasa. Pada malam itu penonton akan dihidangkan dengan kepelbagaian persembahan antara persembahan berkonsep dikir barat, irama Malaysia, teater juga dendangan lagu-lagu hits oleh barisa penyanyi hebat tanah air. Antara artis yang akan telibat seperti DJ Fuzz, Dikir Warriors, Waris & Awere, Lan Typewriter, Black, Hafiz, Stacy, dan Ella.

Para penyampai anugerah pada malam itu pula terdiri daripada Zalina Azman, Vanida Imran, Farith Ismeth Emir, Rashid Sibir Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Datuk Jalaluddin Hassan, AR Badul, Fauziah Ahmad Daud, Dato’ Rahim Razali, Dato’ Yusof Haslam dan Datin Seri Tiara Jacquelina.

ASK2014 mempertandingkan sebanyak 32 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta Anugerah Khas (Anugerah Yasmin Ahmad). Malam kemuncak anugerah ini bakal berlangsung pada 7 November 2014 bertempat di PWTC dan disiarkan secara langsung di TV3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.