Aksi Ngeri ‘Anak Jantan’ Buat Farid Kamil Cedera, Patah Tulang Rusuk

Petaling Jaya – Pelakon Farid Kamil memberitahu dia kini mengurangkan  tawaran berlakon melibatkan aksi ngeri yang dilakukannya sendiri selepas beberapa kali mengalami kecederaan sehingga patah tulang rusuk, dia akan lebih memilih untuk melakonkan watak-watak aksi tersebut secara sendiri bagi mengelakkan kecederaan berulang.

“Lepas filem Anak Jantan ini saya banyak ambil filem-filem cinta yang tidak ada aksi, memang saya kurangkan untuk berlakon filem aksi kerana beberapa kali sudah tercedera.

“Namun saya tidak letak limitasi pada watak aksi cuma saya hanya akan melakonkan aksi yang tidak begitu berisiko yang boleh mengakibatkan kecederaan,” ujarnya ketika ditemui selepas tayangan filem Anak Jantan di Cathay Cineplaxes.

Menurut Farid, ketika penggambaran filem tersebut pada tahun 2012, dia mengalami patah tulang rusuk kiri sehingga mengakibatkan sukar untuk bernafas.

“Ketika penggambaran itu saya sudah terlalu penat kerana bermula daripada 8 pagi hingga 4 pagi buat adegan pertarungan menjadikan saya tidak fokus.

“Saya rasa rusuk kiri sakit dan sukar untuk tarik nafas dan ketika itu juga saya ingin melangsungkan pernikahan dengan Diana Danielle (3 November 2012), saya makan pil tahan sakit dan keesokannya lepas majlis pernikahan itu saya tidak boleh bangun.

“Mereka bawa saya ke hospital untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang rusuk kiri saya patah,” ujarnya.

Farid akui hampir 90 peratus aksi ngeri dalam filem tersebut dilakukannya sendiri. Ia disebabkan kerana dia kurang berpuas hati dengan lakonan pelakon lagak ngeri dari Thailand yang dibayar melakonkan aksi berkenaan.

“Saya buat hampir semua aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan itu sendiri kerana tidak percaya melihat lakonan pelakon stunt dari Thailand.

“Dia hanya buat beberapa aksi berlari-lari yang saya tidak begitu mencabar tetapi memenatkan,” ujarnya.

Dalam filem Anak Jantan Farid yang memegang watak sebagai Darin yang ingin keluar daripada kumpulan pengganans yang banyak melakukan kekejaman di kampung mereka, namun terpaksa melalui pelbagai rintangan.

Antara pelakon yang turut terlibat ialah Bront Palarae, Nora Danish, Azhar Rani dan Qi Razali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.