Akaun FB ‘Pegang Anjing’ Ditutup

Kuala Lumpur – Akaun Facebook kempen memegang dan membelai anjing, ‘I Want To Touch A Dog’ didapati telah ditutup berikutan status dan gambar yang dimuat naik mencetuskan kontroversi.

Penutupan akuan itu dipercayai dibuat oleh pemiliknya hari ini, selepas mendapat pelbagai kritikan dan komen negatif daripada orang ramai yang mempersoalkan motif program berkenaan diadakan.

Akaun itu bagaimanapun didapati masih boleh dibuka semalam dengan memaparkan pelbagai gambar penganjur dan pengunjung terutama menunjukkan wanita Islam memegang haiwan yang tergolong dalam najis mughallazah (najis berat) itu mula disebar luas menerusi aplikasi media sosial, termasuk Facebook, Twitter serta Instagram.

Ahad lalu, satu kempen ‘I Want To Touch A Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) diadakan di Central Park, One Utama, Petaling Jaya, yang majoritinya dihadiri orang Islam.

Penganjuran aktiviti itu oleh Syed Azmi Alhabshi menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak, bahkan hampir kesemua ahli agama bersependapat mengutuk tindakan penganjurannya kerana didakwa menghina Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.