2,000 Penduduk Pangsapuri Taman Bunga Raya Diarahkan Pindah

Rawang – Sekurang-kurangnya 2,000 penduduk di Pangsapuri Teratai di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung diarahkan berpindah ekoran kejadian pergerakan tanah runtuh yang berlaku pada pagi Isnin.

Ketua operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru, Komander Azhar Tajudin berkata kejadian pergerakan runtuh itu berlaku di Block F, Pangsapuri Teratai.

Azhar berkata seramai 12 orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.44 pagi.

Penduduk pangsapuri tersebut ditempatkan di lokasi sementara di tiga sekolah berhampiran.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat masih memantau situasi semasa di pangsapuri lima tingkat berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.