2 Anggota Polis Didakwa Rasuah

Butterworth – Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah untuk tidak mengambil tindakan ke atas dua individu yang disyaki memiliki 96 biji pil dadah Eramin Five pada 6 dan 10 November 2010.

Konstabel Zaidi Tahir, 27, dan Lans Koperal Ismail Mohamad Bohari, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Termizi.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Syahrul Khuzaini Amiruddin. Sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.