SOP umrah masih dirangka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan perlaksanaan ibadah umrah pada Disember tahun ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kebenaran bagi perlaksanaan tersebut juga masih perlu menunggu keputusan akhir oleh kerajaan.

“Perkara ini (kebenaran pada Disember) dalam pemakluman pihak Lembaga Tabung Haji (TH), dan kita masih lagi menunggu kebenaran kerajaan untuk kita membenarkan operasi umrah yang dikatakan akan dibenarkan pada Disember ini.

“Kita masih merangka SOP dan beberapa syarat yang perlu dilaksanakan untuk kebenaran mengerjakan Umrah hujung tahun ini,”katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH- Balik Pulau) yang membangkitkan isu berkaitan ibadah mengerjakan Umrah yang sudah mula diiklankan oleh agensi-agensi Haji dan Umrah kerana dikatakan akan dibenarkan pada Disember tahun ini.

Muhammad Bakhtiar juga menuntut penjelasan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berhubung satu perbincangan mengaitkan keputusan kebenaran berkenaan yang dikatakan telah berlangsung pada 6 September lalu.

Dewan Rakyat bagaimanapun mengarahkan jawapan bertulis diberikan kemudian oleh kementerian terlibat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat