#PRNSabah : Kenyataan Mohamaddin Kebudak-budakan Kata Bung (Video)

- Advertisement -

Tawau – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan serangan lanun di Tanduo pada 2013 sebagai sandiwara adalah tidak masuk akal.

Menurut Bung kenyataan calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi itu adalah seperti kebudak-budakan.

“Pada saya kenyataan calon Warisan yang juga saudara saya ini sebagai satu kebudak-budakan dan tidak masuk akal apabila menyifatkan tragedi lanun yang menyerang Taduo itu sebagai satu sandiwara,” katanya ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi.

 

Untuk rekod, peristiwa berdarah itu menyaksikan lapan anggota polis maut ditembak pengganas Sulu dalam dua kejadian berasingan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna.

Bung seterusnya menggesa semua calon yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi.

 

“Janganlah keluar kenyataan provokasi ketika berkempen kerana ianya boleh menyakitkan hati dan menyinggung banyak pihak.

“Mohamadin Ketapi ini memang terkenal dengan bicara yang tidak masuk akal dan dia tidak tahu apa dia katakan.

“Sebab itu pengundi di Segama harus melihat pemimpin mana yang perlu mereka undi untuk dijadikan wakil rakyat” katanya lagi.

Untuk rekod Mohamadin Ketapi yang juga merupakan calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N61 Segama adalah Ahli Parlimen Silam yang juga bekas Menteri Perlancongan pada zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH). – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat