“Rumah Ini Kau Minta Undi, Dah Dapat Undi Kau Robohkan & Tuduh Kami Pendatang Haram”

KUALA LUMPUR – Penduduk kampung Paya Jaras Hilir Sungai Buloh yang rumah mereka dirobohkan kerajaan negeri Selangor meluahkan rasa marah apabila dituduh sebagai pendatang haram tanpa izin.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras Hilir Sungai Buloh, Azroy Abdul Manaf berkata ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, rumah penduduk di kampung inilah tempat pemimpin PH datang meminta undi sokongan.

“Sebelum PRU yang lepas, rumah ini yang (sekarang ini) engkau robohkan, (penghuni di) rumah inilah kau datang, kau minta undi.

“Dah dapat undi kau robohkan, lepas itu kau cakap kami pendatang tanpa izin, kepala otak kau,” luahnya geram dengan tuduhan tersebut.

Azroy selanjutnya menjemput kerajaan menghantar pegawai Imigresen ke kampung itu dan memeriksa sendiri status kewarganegaraan penduduk.

“Kalau betul kami pendatang haram, jemput Imigresen datang ke sini sekarang, semua penduduk ada di sini sedia (diperiksa status kewarganegaraan),” katanya dalam sidang media semalam.

Sementara itu, Awaluddin Hasbullah, 54, menegaskan semua penduduk di Paya Jaras Hilir merupakan warga tempatan dan bukannya warga asing.

“Saya ada terbaca di media sosial, ada netizen yang mengatakan kami di sini pendatang, saya nak tegaskan kad pengenalan saya berwarna biru, saya warganegara sini,” ujarnya, dipetik dari laporan Sinar Online hari ini.

Katanya, apa yang menyedihkan apabila nasib mereka dilayan seperti warga asing apabila rumah dirobohkan begitu saja.

“Kami warga Malaysia, namun kenapa layan kami sebegini, kenapa harus bersikap zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Sediakanlah penempatan kepada kami dengan sempurna, ini biarkan kami tidur di bawah khemah dengan keadaan daif, kami tak patut dilayan sebegini rupa,” katanya.

Rabu lalu, sejumlah 32 buah rumah penduduk di sini dirobohkan atas alasan untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Sungai Kedondong. – SuaraTV

Lain-lain berita;

Rayuan Tak Dipeduli, Penduduk Terpaksa Tidur Dalam Khemah Selepas Rumah Dirobohkan

Dua Kerajaan Selangor Yang Berbeza Pendekatan Dalam Isu Setinggan

Rakyat Johor Pertikai Cadangan Kerajaan PH Turun Harga Rumah Kepada Warga Asing

Kroni PH Untung Besar Jika Penduduk Kampung Baru Terpedaya Harga RM850 Persegi

Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid

Syurga atau Neraka Allah Yang Tentukan, Bukannya Mujahid, Kata Tok Mat

Rumah Ini Kau Minta Undi, Dah Dapat Undi Kau Robohkan & Tuduh Kami Pendatang Haram”

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Anwar Perlu Pasrah, Azmin dan Mukhriz Juga Layak Jadi PM – Khairuddin

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Pemimpin PKR dan DAP Berbalah Isu Jawatan Ketua Pengakap Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.