Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disifatkan hanya ‘berani’ ketika bercakap tentang keadaan ekonomi negara namun realiti sebenarnya negara dalam keadaan ‘ketiadaan wang’.

Itu luahan sinis bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang pada matanya Guan Eng hanya pandai dan berani mengeluarkan kata-kata sahaja.

“Semua orang boleh nampak. Saya tahu Menteri Kewangan ini berani bercakap sahaja tapi sebenarnya tidak ada duit.

“Keadaan ekonomi negara ketika ini tidak menentu langsung. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ada hari ini tidak mampu mentadbir dan memacu keadaan ekonomi kepada lebih baik malah telah gagal menguruskan keadaan ini dari awal lagi.

“Tengok sendiri bagaimana nilai ringgit merudum, saham jatuh, pelabur lari dan kini pula penjualan aset-aset negara.

“Punca utamanya adalah ‘keghairahan’ memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga kita telah kehilangan pendapatan sebanyak RM21 bilion setahun sebaliknya mengenakan cara lain untuk mendapatkan kembali hasil sebenarnya tidak membantu.

“Terlalu ketara apabila kita lihat sendiri polisi dan dasar kewangan negara tidak konsisten dan sukar meyakinkan pelbagai pihak termasuk pelabur untuk masuk melabur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum ‘Cabaran Dasar Ekonomi Baru di Era Malaysia Baru’ anjuran Pergerakan Puteri UMNO yang juga dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tidak cukup dengan kerugian RM21 bilion akibat janji-janji manis bagi mendapatkan undi semasa PRU-14, kerajaan PH juga juga dilihat ghairah menjual aset-aset milik negara dengan ‘rakus’ sekali tanpa berfikir panjang.

Terkini! Rakyat Johor Pertikai Cadangan Kerajaan PH Turun Harga Rumah Kepada Warga Asing

Terkini! Kroni PH Untung Besar Jika Penduduk Kampung Baru Terpedaya Harga RM850 Persegi

“Bayangkan, mereka (kerajaan PH) kata tidak ada duit dan terpaksa jual aset, bukan sahaja kita tidak ada keupayaan untuk menambah harta negara sebaliknya kita ghairah menjual aset. Kita jual dengan harga murah.

“Cuba fikir apabila sesebuah syarikat yang tahu aset-aset ini sedang di jual dalam keadaan terdesak, pastinya harga itu juga akan di kompromi dan ditawarkan dengan lebih murah daripada harga asal atau yang terkini. Kita juga yang rugi.

“Bila orang tahu syarikat itu mahu bankrap, harganya juga menurun. Janganlah begitu jual harta. Ini seperti jual kain baju kita. Harta sudah tiada, hutang sahaja meningkat.

“Fikirlah dengan sebaik mungkin sebelum buat satu-satu keputusan itu. Kerajaan tiada duit tapi mahu buat pembangunan, untuk itu jual pula aset negara, pelabur dari luar juga tahu apa yang sedang berlaku,” ujar bekas ahli korporat itu. – MalaysiaGazette

Lain-lain berita;

Hutang Negara Cecah RM800 Bilion Hari Ini, Impian Hutang RM1 Trilion Semakin Hampir

Khazanah Rugi RM60 Juta, Jual Pusat Perubatan Prince Court Bawah Harga Belian

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Syurga atau Neraka Allah Yang Tentukan, Bukannya Mujahid, Kata Tok Mat

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

“Rumah Ini Kau Minta Undi, Dah Dapat Undi Kau Robohkan & Tuduh Kami Pendatang Haram”

Rayuan Tak Dipeduli, Penduduk Terpaksa Tidur Dalam Khemah Selepas Rumah Dirobohkan

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Pemimpin PKR dan DAP Berbalah Isu Jawatan Ketua Pengakap Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.