Wanita Mohon Dana Halau Hantu Dari MP Kepong

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat sememangnya dekat dengan rakyat keramna tugasnya berkhidmat sebagai perantara rakyat dengan kerajaan.

Sebagai wakil rakyat yang lain, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng nyata berhadapan dengan pengalaman yang luar biasa dan unik apabila menerima permintaan dana untuk menghalau hantu.

Permintaan tersebut datang daripada seorang wanita yang mendakwa sering terserempak dengan hantu.

“Wanita itu mendakwa menemui banyak hantu dalam kondominium dan memohon bantuan. Dia meminta peruntukan diberikan untuk mengusir hantu,” kata Lip Eng dipetik daripada China Press sebagai berkata.

Permintaan yang pelik, namun Lim menawarkan untuk mencari ‘sifu’ untuk membantu wanita tersebut menghalau hantu yang berada di rmahnya.

Lip Eng berkata, ini bukan kali pertama beliau menerima aduan yang berhubung dengan alam ghaib.

“Sebelum ini, saya juga menerima aduan bahawa satu jalan dihuni hantu dan pengadu meminta peruntukan disediakan untuk menjalankan upacara pengusiran hantu.

” Pusat perkhidmatan saya tetap melayan aduan-aduan ini dengan bersopan. Pengadu akan diberitahu bahawa aduan mereka akan cuba diselesaikan dengan semampu yang boleh,”ujarnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.