Jelas Asyraf, beliau tidak menyangka Menteri Kewangan itu ‘berhati tisu’ dan tidak bersedia untuk menerima kritikan.

“Dulu waktu jadi pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.

“Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di ‘block’ akaun Twitter saya. Come on Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Asyraf turut meninggalkan tanda pagar (hashtag) #hatitisu sebagai sindiran tambahan kepada Guan Eng. – UTUSAN ONLINE