Serbu Rumah Tun Rahah Tindakan Biadab dan Melampau

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna facebook atas kapasiti rakyat Malaysia menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan polis menyerbu kediaman Tun Rahah. 

Faiq Khalifa berkata, tidak wajar serbuan itu dibuat dalam masa yang sama menggambarkan seolah-olah mendakwa balu allahyarham Tun Razak itu pencuri. 

“Tindakan pihak berkuasa hari ini adalah satu kebiadapan seolah olah menuduh Tun Rahah seorang pencuri, alangkah!,” katanya. 

Faliq turut menyuarakan kesedihannya apabila wanita berusia 87 tahun itu diperlakukan sedemikian.

“Saya mendengar dengan penuh hiba bagaimana Tun Rahah, ibu kepada bekas Perdana Menteri diperlakukan oleh pihak berkuasa. Polis telah menyerbu kediaman isteri arwah Tun Razak yang berumur 87 tahun itu untuk mencari bahan bukti seperti wang tunai yang disembunyikan dan sebagainya hingga naik ke atas siling, walhal tidak dapat menjumpai apa apa! 

“Dan pastilah berasa sedih mengenangkan ujian yang dihadapi olehnya menyusuri peredaran usia,” katanya lagi. 

Semalam dilaporkan bahawa polostelah menyerbu kediaman Tun Rahah ketika 

 ketika mahkamah sedang membuat pertuduhan ke atas anaknya Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan bahawa serbuan di rumah Tun Rahah Mohamed Noah di Jalan Eaton di sini berkaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengesahkan ketika serbuan polis tidak menjumpai apa-apa dari rumah tersebut.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.