Saleem Iklim Patah 12 Tulang Rusuk Akibat Kemalangan

KUALA LUMPUR – Penyanyi Saleem patah 12 tulang rusuk manakala satu tulang rusuk tertusuk paru-paru akibat kemalangan jalan raya semalam.

Mengesahkan gambar yang semakin tular di media sosial itu isteri penyanyi Iklim Juariah Bachok berkata suaminya kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kajang. .

Keadaanya kini dilaporkan stabil.

“Memang betul Abang Saleem kemalangan semalam dan kini dirawat di Hospital Kajang. Dia parah sehingga patah 12 tulang rusuk dan satu tulang tertusuk paru-paru, namun keadaannya stabil,” katanya.

Katanya lagi kemalamgan membabitkan suaminya berlaku pada petang Khamis

Ketika Saleem keluar rumah untuk membeli barang di kedai.

“Saya dihubungi oleh pihak polis pada 3.45 petang bagi memberitahu perkara ini.

“Abang naik motosikal untuk ke kedai berdekatan kediaman kami di Bandar Mahkota Cheras bagi membeli barang.

“Kami sebenarnya baru pulang daripada Kuantan kerana urusan perbincangan mengadakan konsert di sana. Malah kami sempat juga menjayakan satu ‘show terpijak’ di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur,” katanya lagi.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.