Pendaki GrandSlam Buang Produk Aliff Syukri

Oleh: Naimah Shaari

Mendengar lagu ‘Bobo Dimana’, pastinya ramai sudah mengetahui isu panas ini kerana lagu tersebut menerima kecaman yang hebat dari para pendengar. Bukan sahaja lagu tersebut dikecam, Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang merupakan penyanyi lelaki lagu tersebut juga dikecam hebat oleh netizen.

Isunya bukan semata-mata lagu sahaja, tetapi penglibatan Aliff bersama dengan seorang usahawan dan penyanyi Indonesia yang didakwa transgender, Nursajat dan Lucinta Luna yang dilihat sebagai menyokong dan menggalakkan keadaan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Sebelum ini juga, Aliff pernah dikecam teruk kerana merakam lagu duet bersama dengan Nursajat. Namun, diselamatkan oleh isterinya Shahida Dherbs dengan turut menyanyi dalam lagu sebelum ini.

Ekoran dari tindakan Aliff yang sebelum ini pernah ditegur, pendakwah-pendakwah terkenal Malaysia turut menegur Aliff dengan lembut dan berhemah agar beliau berubah. Bahkan, lagu Bobo Dimana turut dipinta oleh segelintir pendakwah diboikot di Youtube.

Pencetus Umah Azman turut menukar versi lagu tersebut kepada versi Islamik secara santai. Ramai netizen mempertikaikan mengapa Aliff tidak menyanyikan lagu nasyid berbanding lagu yang boleh mendatangkan keburukan dan kecaman.

Namun, teguran yang diterima oleh Aliff diterima dengan ‘panas’. Menerusi laman Instagramnya, Aliff melenting apabila dikecam lagu barunya itu dikutuk dan dicaci. Bukan itu sahaja, dia mencabar semua netizen agar menaikkan ‘rating’ lagu Bobo Dimana versi dakwah jika benar berniat baik. Juga, Aliff mempertikaikan tugas pendakwah-pendakwah terutama sekali Pencetus Umah Amin yang dilihat sengaja mencari ‘kerja’ untuk mengutuk dirinya.

Bukan itu sahaja, Nursajat dan Lucinta Luna juga dilihat menambah ‘perisa’ ke dalam kemarahan Aliff itu dengan mengatakan pendakwah-pendakwah sekarang ini sudah MUNAFIK.

Sudah ditegur dengan baik dan lembut tidak diterima, seorang pengguna Pendaki Grandslam yang  juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai, Muqharabbin Mukhtaruddin bertindak memuat naik video produk Aliff dibuang ke dalam tong sampah beserta ‘caption’ “Haram tetap haram… Bodoh tetap bodoh… Tak boleh ditegur…”.

Nampak gayanya, seperti produk-produk Aliff bakal diboikot oleh para pengguna agaknya?

Sebelum ini, kakak kepada pengasas Dherbs ini juga pernah menasihati adiknya. Namun, ia bagaikan mencurah air ke daun keladi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.