Hishamuddin Ada Rancangan Sendiri, kata Tun M

KUALA LUMPUR – Mengakui Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ada berjumpa dengannya, Perdana Menteri berkata bekas Naib Presiden  mempunyai tujuan dan rancangannya sendiri berbuat demikian. 

Namun Tun Mahathir Mohamad enggan mendedahkan perancangan Hishamuddin namun menafikan ia berkaitan hasrat ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

“Beliau datang untuk berjumpa, tiada apa-apa tentang menyertai Bersatu. Beliau ada perancangannya sendiri, lebih baik kamu tanya beliau,”  katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 4 2018 di Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.

Hishamuddin yang mengakui membuat pertemuan dengan Perdana Menteri itu berkata hanya mendengar rancangan Tun M untuk masa depan bangsa dan negara. 

Pengerusi PPBM itu dalam masa yang seme mengakui terdapat pemimpin UMNO yang bertemu dengan beliau baru-baru ini.

“Mereka datang berjumpa saya, saya berjumpa semua orang. Selepas berjumpa dengan saya, mereka berjumpa PAS pula.

“Kami bebas… bukan seperti sebelum ini. Dulu, jika kamu berjumpa orang yang salah, pegawai cukai pendapatan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) akan cari kamu,”ujarnya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.