Aiman Hakim Nafi Berhutang Dengan Fathia Latiff

KUALA LUMPUR – Pelakon yang juga bekas teman lelaki Fathia Latiff iaitu Aiman Hakim Redza membidas semula kenyataan aktres berkenaan berhubung dakwaan tidak membayar hutang.

Aiman, atau nama lengkapnya, Aiman Hakim Ridza Abdoh, 29, membalas melalui Instagram miliknya bahawa dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa.

“Pertama sekali, saya tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Malah, orang yang berhutang dengan aku,” tulisnya dalam Instastory.

Aiman juga menjawab sebab mengapa dia menyekat Instagram pelakon drama Menanti Februari itu.

“Sebab saya block (sekat) kerana anda (Fathia) merepek dan mencarut walaupun saya bercakap dengan baik.

“Kepada semua netizen yang bersikap positif, terima kasih. Saya maafkan yang lain tapi kalau boleh, gunakanlah media sosial sebagai perkara yang berfaedah,” kongsi pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu.

Semalam, rakan baiknya, Sharifah Sakinah tampil mempertahankan dirinya dan menyelar tindakan Fathia yang memburukkan reputasi dengan mendedahkan dia tidak membayar hutang.

Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun berpisah pada 2015.

Bagaimanapun, setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam. – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.