22 Mati Minum Arak, Kerajaan PH Haramkan Straw

SHAH ALAM – Bermula 1 Januari tahun depan, semua perniagaan makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tidak lagi dibenar menggunakan ‘straw plastik’.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan ‘straw’ tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan.

“Pemilik perniagaan juga akan dikenakan denda, hilang deposit, barangan perniagaan dirampas atau boleh dipenjara.

“Larangan terhadap straw plastik adalah sebagai tambahan kepada larangan beg plastik dan polysterin yang bermula September tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, perintah itu tercatat jelas dalam lesen perniagaan dan ianya bukan menjadi alasan kepada pemilik perniagaan untuk tidak mematuhinya.

Beliau berharap semua pusat perniagaan akan bekerjasama dan mematuhi keperluan itu demi persekitaran yang lebih baik.

Tinjauan di media sosial dapati ramai yang mempersoalkan keputusan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengharamkan straw sedangkan dunia baru dikejutkan dengan kematian 22 orang akibat dari minum arak.

“Arak tu dah bunuh 22 orang kelmarin. Tahun 2015 28 orang mati, mungkin lebih. Straw plk yg kena haram.

“Berapa ramai orang yang straw ni dah bunuh? Bangang pun KERA-jaan!” kata Yunos. -Abulemanblogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.