Video : KJ Jadi ‘Abang Teksi’ Tular Di Media Sosial

“Abang ni taxi driver kan, pemandu teksi. Bukanlah pandai sangat.Tak pergi Universiti. Tapi dulu abang pernah aktif dalam politik, pernah jadi ketua pemuda. Sekarang ni takde apalah kan.Sekarang, pemandu teksi je…” itulah antara bait perkataan dari menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin yang membawa penumpang di sekitar Damai Kota sambil membicarakan mengenai isu semasa.

Menerusi video arahan Benji Lim ini tiba-tiba Sahaja menjadi Tular tentang perkongsian Menteri Belia dan Sukan itu di media sosial.

Walaupun video itu telah dirakam pada tahun 2009, tetapi,baru-baru ini sahaja ia menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.

Maklumlah KJ yang dikenali dengan tall,dark and handsome itu mula menjadi perhatian terutama wanita apabila terlibat dalam sukan polo dalam Sukan Sea baru-baru ini.

Jangan Keliru, imej yang dipaparkan ini bukan untuk suka-suka, sebaliknya untuk mewujudkan kesedaran terhadap isu semasa dan Mendidik sikap masyarakat agar lebih rasional.

Video yang berdurasi 7 minit 33 saat itu merupakan perkongsian membicara empat isu semasa seperti Masalah Bola Sepak Malaysia, Bahasa Inggeris, Lompat Parti dan Apa Itu Malaysia.

Turut terlibat dalam video pendek tersebut, Amber Chia, Jason Lo, Namewee, Baki Zainal dan Matthew George.

Video pendek yang dimuatnaik di Youtube telah ditonton lebih daripada 91,093 views satakat ini, petik MH. Rata-rata penonton berkata KJ mempunyai bakat dalam lakonan.

Selain itu, video ini turut tular di laman Facebook dan ditonton lebih 612,519 tontonan dan lebih 8706 perkongsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.