‘Skim Perumahan DBI Properties Sdn Bhd Tiada Kaitan Dengan Saya, KPKT’ – Noh

KUALA LUMPUR – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menafikan skim perumahan syarikat DBI Properties Sdn Bhd mempunyai kaitan dengan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurutnya, syarikat itu menggunakan namanya yang merupakan menteri KPKT untuk kepentingan mereka.

“Saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim ini ataupun mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dengan model perniagaan seperti ini.

“Saya amat terkejut bila nama saya dikaitkan dgn skim perumahan yg diusahakan oleh syarikat itu.

“Video yang dimuatnaik adalah Majlis Jamuan Hari Raya yang saya hadiri dan bukan program rasmi. Sebelum balik saya telah diminta oleh Dato Boy Iman untuk merasmikan ibu pejabat DBI Properties dan diminta untuk memberi ucapan,”katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya sebentar tadi.

Katanya, sebagai makluman, semua skim perumahan DBI Properties ini tidak ada kaitan dengan KPKT kerana skim perumahan ini tidak dilesenkan dibawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 atau dikenali dengan Akta 118.

Tambahnya, Skim seperti ini tidak melindungi hak pembeli dan urusan penjualan juga tidak terjamin.

“Saya nasihatkan semua pihak yang terlibat menyelesaikan isu ini mengikut undang-undang kerana saya percaya pasti ada perjanjian atau kontrak telah dibuat diantara pembeli dan syarikat DBI Properties atau membuat laporan kepada polis dan KPDNKK.

“Saya juga telah mengarahkan supaya Jabatan Perumahan Negara mengambil tindakan sewajarnya.

“Dalam masa yang sama mana-mana pihak yang ingin mendapatakan maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914355 atau
03-88914356,”akhirinya – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.