Selepas Anak Akad Nikah, Bapa Temui Ajal

Pasangan pengantin telah kehilangan ayah tersayang sejurus majlis akad nikah selesai.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, seorang jurugambar, Ayul Rahman mengakui mengalami pengalaman berbeza ketika bertugas dalam satu majlis akad nikah yang suasananya cukup berlainan berbanding sebelum ini.

“Hari ini merupakan sejarah bagi saya selama tujuh tahun dalam industri photography.

“Saat akhir dapat tempahan untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.

“Sepanjang majlis berlangsung saya tidak dapat menahan air mata. Sebak gila. Selepas majlis selesai, kami dapat panggilan kecemasan daripada Doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak.

“Beberapa minit kemudian bapa pengantin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. A bitter sweet memory for both of the couple. Al-fatihah,” tulisnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan berita yang dikongsikan oleh Ayul dan berharap agar  keluarga pengantin tabah menghadapi dugaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.