Pro-Aspirasi Catat Kemenangan Besar Pilihan Raya Kampus UUM

KUALA LUMPUR – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2017/2018 menyaksikan kumpulan Pro-Aspirasi menang besar dengan memenangi 34 daripada 38 kerusi ketika proses penamaan calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2017/2018 di Dewan Serbaguna Pusat Penginapan Pelajar (SAC), hari ini.

Keputusan itu menunjukkan Kumpulan Pro-Aspirasi telah menyapu bersih lapan kerusi umum dan 26 daripada 30 kerusi di 15 pusat pengajian.

Bagaimanapun, dalam pemilihan kali ini juga menyaksikan hanya 10 calon daripada tiga pusat pengajian akan bertanding bagi merebut tempat dalam MPP 2017/2018 iaitu Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) seramai empat calon, Pusat Pengajian Undang-undang (tiga calon) dan Pusat Pengajian Antarabangsa (tiga calon). – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.