Pesalah Perlu Diseksa Hingga Mati – Sharnaaz

Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram seorang pelakon lelaki popular, Sharnaaz Ahmad telah mengeluarkan kenyataan agar pesalah yang terlibat dalam kebakaran pusat tahfiz sehingga meragut nyawa itu diseksa dikhalayak ramai sehingga mati.

Menurut satu sumber, kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu dibuat dalam keadaan marah dan pada waktu itu dia tidak tahu perkara kejam itu dilakukan oleh kanak-kanak.

“Status itu saya muat naik dalam keadaan marah yang mana ketika itu saya tidak tahu bahawa kanak-kanak yang melakukan perkara kejam itu,” ujarnya.

Walau bagaimanapun Sharnaaz berkata, hukuman perlu diberikan setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan walaupun pelakunya adalah kanak-kanak.

“Kalau boleh biarlah hukuman itu akan menakutkan orang lain juga. Jangan sampai masanya mereka ini dibebaskan dan melakukan janayah lain pula,” ujarnya lagi.

Pelakon ini juga berkata, adakalanya dia merasakan undang-undang di negara ini terlalu lemah dan baginya kesalahan yang dilakukan perlu diberi hukuman yang setimpal.

“Undang-undang Malaysia kadang-kadang terlalu lemah sehingga membuatkan orang ramai tidak takut. Kes mangsa buli tempoh hari pun senyap sahaja.

“Pada saya mereka melakukan kesalahan ini dengan niat untuk membunuh dan perlu pembalasan yang seberat-beratnya,” katanya, petik MH.

Tambah pelakon ini lagi, kenyataan yang dikeluarkan ketika dirinya sedang marah itu juga ditujukan rasa marah itu terhadap dirinya sendiri.

Ini kerana dia kurang mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan kurang memberikan perhatian tentang kesusahan yang dilalui oleh pusat tahfiz.

Tegasnya lagi, semua pihak harus memupuk rasa tanggung jawab terutamanya Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) supaya kempen kesedaran dadah dapat diperluaskan lagi kepada orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.