Lelaki Menyamar Jadi Wanita, Minta Gambar Bogel Budak Perempuan

Mahkamah mendakwa James Wood, 19, yang berpura-pura menjadi seorang wanita bernama Jessica Ford, dimana dia telah meminta gambar bogel dari 11 mangsa kanak-kanak.

“Penyamaran itu dilakukan untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya menghantar lebih banyak gambar dan meyakinkan mereka bahawa ‘Jessica Ford’ adalah benar.”

Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan, Wood menunjukkan gambar-gambar yang diperolehnya daripada kanak-kanak di bawah umur kepada pelajar lain di sekolah.

Walau bagaimanapun, penyiasat itu tidak menyatakan apa yang dilakukan oleh sekolah Wood mengenai kes itu.

Wood juga menghadapi 12 tuduhan eksploitasi seksual kanak-kanak dan jenayah terhadap kanak-kanak di bawah umur.

Dia ditahan di Weber County Penjara dengan jaminan 175,000 dolar AS.

KUTV telah menghubungi pihak berkuasa di Weber County untuk mengetahui sama ada kes ini berlaku di Utah.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.