Lelaki Cipta Perut Buncit Palsu

Seorang lelaki berasal dari London, Albert Pukies mengakui mempunyai keinginan pelik apabila mengidamkan penampilan perut buncit.

Menurut Metro.UK, sebagai memenuhi keinginannya itu, Pukies telah mereka ‘perut buncit palsu’ dalam bentuk sebuah beg supaya dia kelihatan boroi ketika berada di tempat awam.

“Saya sebenarnya suka dengan penampilan perut buncit tetapi risau jika mempunyai pelbagai masalah kesihatan jika berbadan besar.

“Akibat daripada itu saya mendapat idea untuk merealisasikan keinginan itu dengan mencipta beg ini,” katanya, petik Gempak.

Beg ‘pouch’ tersebut dinamakan The DadBag dan mempunyai keluasan yang agak besar yang mampu menyimpan pelbagai barangan peribadi seperti dompet, telefon, malah tin minuman juga boleh dimuatkan di dalamnya.

Katanya lagi, buat masa ini dia tidak mempunyai perancangan untuk menjual beg itu.

Bagaimanapun dia sedia bekerjasama dengan syarikat yang berminat untuk memasarkan beg berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.