Kit Siang Pun Jadi Tak Tahu, Dulu Cakap Dalam Parlimen Rugi Hingga RM25 Bilion

Selain Dr. Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Nor Mohamed Yakcop, nama Lim Kit Siang turut menarik minat ramai ketika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga matawang asing (Forex) diadakan sebelum ini.

Ini kerana Kit Siang adalah pengkritik paling lantang terhadap Dr. Mahathir ketika Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian berbilion ringgit sekitar awal 90-an lalu.

Malah Kit Siang yang menjadi ketua pembangkang pernah menyatakan bahawa kemungkinan Bank Negara mengalami kerugian antara RM 16.5 bilion ke RM25.6 bilion.

Perkara itu terkandung dalam penyata rasmi Parlimen pada tarikh 12 April 1994.

Ketika itu juga, beliau telah mengulangi seruannya supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian besar itu.

“Tugas pertama Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah memastikan samaada kerugian
tukaran wang asing Bank Negara sejak tahun 1992 boleh melebihi RM30 bilion.

“Tugas kedua Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah menentukan sama ada terdapat apa-apa kecurangan kewangan dan penyalahgunaan kuasa memandangkan penjelasan tentang kerugian besar tukaran wang asing yang tidak konsisten dan bercanggah, “so many loopholes”, begitu banyak masalah. Adalah tidak masuk akal bagi Bank Negara menyalahkan kelewatan
serahan komputer yang “sophisticated”,’ katanya dalam ucapan di Sidang Dewan Rakyat, pada 1994.

Namun kini selepas RCI diadakan, Kit Siang tidak lagi bersemangat seperti tahun 90-an. Jika dulu, boleh dikatakan apabila giliran Menteri Kewangan menjawab soalan di Dewan Rakyat, Kit Siang tidak pernah melepaskan peluang untuk bertanyakan mengenai kerugian BNM akibat forex.

Tapi kini suara-suara Kit Siang tidak selantang dulu. Mungkin sebab beliau sudah bersama-sama dengan Anwar dan Mahathir. Dan mungkin juga beliau sudah dijangkiti sindrom `tidak tahu’ daripada dua pemimpin pembangkang itu.

Anwar dan Mahathir menjadi bahan sinis netizen apabila mereka menjawab tidak mengetahui mengenai kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara akibat urus niaga Forex itu.

Apabila persahabatan telah dijalinkan, memang tidak mengejutkan apabila Kit Siang `sepi’. Beliau juga tidak datang memberikan sokongan kepada Anwar dan Mahathir ketika mereka memberikan keterangan.

Daripada seorang ahli politik yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu kerugian Bank Negara Malaysia akibat kerugian berpuluh bilion itu pada sekitar tahun 90-an hingga menerbitkan buku mengenainya, Kit Siang kini meragui pula RCI yang ditubuhkan itu.

Sedangkan RCI itulah ditubuhkan mengikut kehendak Kit Siang sendiri. Sepatutnya Kit Siang berasa gembira kerana cadangannya dipersetujui kerajaan tetapi lain pula yang berlaku.

Memang boleh diagak kenapa Kit Siang berkeadaan demikian. Ini kerana musuhnya dulu kini telah menjadi kawannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.