Kereta Terbakar Di Parkir

NILAI – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora milik sebuah syarikat perhotelan di daerah ini terbakar sewaktu diletakkan di parkir awam di Jalan 6/1B di sini pagi ini.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd. Fauzi Shamir berkata, kebakaran kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan kenderaan milik syarikat swasta tersebut 80 peratus musnah.

“Saksi kejadian yang merupakan pekerja Ev World Hotel (Enstek) Sdn. Bhd., Nor Aida Saat, 28, memberitahu Proton Exora itu terlebih dahulu mengeluarkan asap pada bahagian enjin sebelum terbakar.

“Dia kemudian meminta tolong polis bantuan, Muhammad Nazim Mohd. Zaulkifli, 25, yang cuba memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam api jenis debu kering, namun gagal kerana api terlalu marak,” katanya lapor Kosmo.

Mohd. Fauzi berkata, orang awam kemudian menghubungi pihak bomba dan seramai sembilan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bersama dua buah jentera dikerah memadamkan kebakaran itu.

Kata beliau, pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nilai terbabit tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.27 pagi selepas menerima laporan pada pukul 9.08 pagi.

Jelas beliau, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 10 minit dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.