Video : Cik JPJ Petah Bahasa Mandarin Ditonton 4 Juta Kali

Video yang memaparkan aksi seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Perlis bernama Syafiqah menjadi tular sejak semalam dan telah ditonton lebih 4 juta kali.

Video yang dirakamkan sahabatnya, Syamsul Amir dikongsi semula lebih 45,000 pengguna.

Dalam rakaman tersebut, Syafiqah atau nama sebenarnya Nur Syafiqah Azaman, 22, membantu dua warga asing dari Shandong, China untuk urusan pertukaran nama hak milik kenderaan.

Memandangkan kedua-dua warga asing itu tidak fasih berbahasa Inggeris dan Melayu, maka Syafiqah cuba membantu mereka.

“Niat saya hanya ingin membantu kerana kedua-dua pelajar itu tidak boleh bercakap bahasa Melayu dan Inggeris.

“Mereka ternyata gembira kerana urusan mereka dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo.

Rata-ratanya netizen memuji kehebatan Syafiqah yang mampu bertutur dengan lancar.

Sebelum ini, Syafiqah pernah membintangi drama bersiri Ops Cinta Din Sardin sebagai watak sampingan bersama Izzue Islam dan Mira Filzah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210255109715001&id=1258246422

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.