Acha Septriasa Minta Maaf Pada Ibu, Tahan Sakit 28 Jam Sebelum Bersalin

Pelakon Indonesia, Acha Septriasa telah selamat melahirkan anak sulungnya semalam di RS Royal Hospital for Woman Sydney, Australia.

Selamat melahirkan bayinya secara normal dan ini merupakan salah satu peraturan hospital berkenaan yang mengharuskan setiap ibu hamil untuk melahirkan anak mereka secara normal jika tidak menghadapi sebarang masalah.

Acha terpaksa bertarung nyawa menahan kesakitan sebelum melahirkan bayi perempuannya selama 28 jam.

Ibu kepada Acha, Rita Emza memberitahu satu sumber, dalam masa 28 jam Acha menahan sakit sebelum melahirkan itu Acha seperti sudah menyerah.

“Sempat juga (menyerah), sampai dia (menirukan Acha teriak), ‘Terserah deh apa aja (untuk mempermudah melahirkan)’. Terus dibimbing lagi, buat atur nafas lagi yang bagus,” ujar ibu Acha kepada Liputan 6, petik MH.

Beritahu Rita lagi, ada beberapa faktor yang menyebabkan Acha tidak melalui proses pembukaan dengan cepat. Rahimnya yang tebal membuatkan proses kelahiran menjadi lambat.

Dalam pada itu, Acha mengakui bahawa perjuangan seorang ibu untuk melahirkan bayi bukan sesuatu yang mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.