Aaron Sumbang Derma Pada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Pelakon lelaki popular, Aaron Aziz telah menyampaikan sumbangan derma kilat kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah mengalami kebakaran minggu lalu.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Aaron menerusi akaun Instagramnya. Tulisnya di ruangan kapsyen, hasil kutipan derma ‘Projek derma kilat Aaronatorsfc’ telah selamat dilaksanakan dan dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan.

“ALHAMDULILLAH!! Amanah #projekdermakilataaronatorsfc sudah Selamat dilaksanakan. Thank you so much kpd semua yg telah memberi sumbangan, Dari S’pura pun Ada.

“Semoga usaha kami ini diterima ALLAH dan menjadi Saham buat Kita di Akhirat nanti. Thank you to my beloved @aaronatorsfc and my beloved CMs. Not forgetting my wife @diyanahalik.

“We manage to raise a total of RM8260 within a few days. Semoga Ustaz2 dan anak anak Darul Quran Ittifaqiyah tabah dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin #sahamakhiratkami #darulquranittifaqiyah,” tulis kapsyennya, petik MH.

Sumbangan sebanyak RM8260 telah berjaya dikumpul dan diserahkan kepada pihak pusat tahfiz tersebut.

Rata-rata pengikut Aaron di Instagram bangga dengan sikap murni Aaron yang mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu pusat tahfiz dengan memberikan derma mengikut ikhlas hati masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.