Wanita Bakar Balai Raya

TELOK KEMANG – Seorang wanita ditahan selepas dipercayai membakar sebuah balai raya di Kampung Chokra, Port Dickson dekat sini petang tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, sebanyak 90 peratus daripada bangunan tersebut terbakar.

 
Bagaimanapun, polis masih menyiasat motif wanita berusia 24 tahun itu berbuat demikian.

 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Adzli Abu Shah berkata, wanita itu ditahan penduduk ketika cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal sejurus melakukan perbuatan tersebut.

 
“Wanita itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya memetik laporan sebuah portal.

 
Katanya, siasatan lanjut mendapati wanita itu mengaku berada di balai raya bersama seorang remaja lelaki sejak jam 11.30 pagi sebelum bertindak membakar premis berkenaan.

 
Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II S. Maniam berkata, lima anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kebakaran sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.37 petang.

 
Katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.