Video: ‘Kurang Ajar Dengan Polis, Samseng Taik Minyak Ditahan’

KUALA LUMPUR – Sekumpulan ‘Samseng taik minyak’ bertindak kurang ajar dengan anggota polis menyebabkan mereka kini di tahan.

 

Kumpulan samseng tersebut yang terdiri daripada 8 orang cuba untuk memukul dan melanggar motor pegawai polis berkenaan yang sedang menjalankan tugas.

 

Insiden tersebut berjaya di rakam oleh pegawai polis berkenaan sebagai bukti samseng tersebut tidak menghormati pegawai polis berkenaan.

 

Video berdurasi 55 saat itu turut menyaksikan samseng tersebut mencabar pegawai berkenaan untuk membawa mereka ke balai polis.

 

Namun setelah di balai polis, samseng berkenaan  bertukar kelakuan menjadi sopan.

 

Muat naik video ini di laman Facebook nyata menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka mengecam tindakan kumpulan samseng terbabit.

 

“Wah…kau punya gaya da macam cerita kabali siap ajak gaduh, nak serang polis…bila dah pakai gelang telur terus kecut..mintak simpati. Hahaha…puii. taik kucing btol,” tulis Riz Wan.

 

“Berlagak hangit sekor sekor ni..nak je aku bagi kungfu panda kat muka diaorg semua…tuehhhhh..!!! Berlagak sombong ingatkan power sgt…rupanya geng mabuk tody,” ujar Anger Wanie.

 

“Padan muka. Beria-ia nak pergi balai kan. Amik kau. Kan dah kene cekup. Masuk kandang rimau. Hahahaha. So funny,” kata Alnadzhar Bin Hairil. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.