Video: Kaji Selidik, Ramai Rakyat Mahu Pemimpin Melayu Muslim

BANGSAR – Satu kaji selidik yang dilakukan mendapati majoriti rakyat Malaysia mahu pemimpin negara adalah seorang Melayu Muslim.

 

Menurut Eksekutif NGO Kuasa, Praba Ganesan, kaji selidik yang dilakukan pada bulan lalu selama 14 hari mendapati 3 kriteria yang menjadi tonggak pemilihan pemimpin ialah Melayu, Muslim dan Lelaki.

 

“Perkara pertama yang kita kenal pasti ialah rakyat Malaysia banyak meletakkan isu Perdana Menteri Melayu, muslim dan lelaki sebagai satu isu yang penting.

 

“Kita dapati dua daripada lima responden berbangsa Melayu meletakkan lelaki melayu muslim sebagai keutamaan mereka daripada 10 pilihan.

 

“Sekiranya kita melihat top 3 isu yang dipilih oleh responden Melayu dan bukan Melayu adalah 3 kriteria yang dinyatakan yang lebih daripada 50 peratus,” katanya ketika di temui media tadi.

 

Kajian yang dilakukan ini melibatkan seramai 1200 orang responden di sekitar Selangor dan Perak yang meliputi 66 buah tempat.

 

Menurut beliau lagi, kriteria-kriteria yang dipilih adalah lebih drastik berbanding pilihan-pilihan lain.

 

“Pilihan ini adalah lebih drastik daripada pilihan-pilihan yang lain seperti pendidikan dan juga kesihatan jauh kebelakang berbanding isu ini,”ujarnya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.