Video : DAP Tak Akan Bincang Isu Pembahagian Kerusi Dengan PAS

CHERAS – DAP tidak akan berbincang dengan PAS isu kerusi di Pulau Pinang kerana menyifatkan hubungan kerjasama mereka sudah lama berakhir.

 

 

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, pihaknya tidak kisah sekiranya wujudnya pertandingan 3 penjuru di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) nanti.

 


“Tiada perbincangan antara DAP dengan PAS.

 

 

“Itu perkara yang akan diselesaikan nanti,”katanya dalam sidang media tergempar berkaitan persempadanan semula di bangunan rasmi parti itu.

 

 

Terdahulu, DAP bercadang mengadakan PRN mengejut itu sebagai satu referendum berkaitan setiausaha agungnya yang juga ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tuduhan rasuah terhadapnya.

 

 

DAP mempunyai 19 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, PKR 10 dan PAS satu.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.