Ular Dijadikan Cincin Perkahwinan

BEIJING – Sepasang pengantin menjadikan ular sawa berwarna keemasan sebagai ganti kepada cincin semasa melangsungkan perkahwinan di Jilin, China, bulan lalu.

 

 

Perkahwinan yang berlamgsung di China itu menjadikan dua ekor ular sawa sebagai pengganti cincin.

 

 

Memetik laporan People’s Daily Online, kejadian itu berlaku di sebuah dewan bankuet di Jilin pada Jumaat lalu.

 
Kedua-dua mereka yang juga pencinta reptilia dikatakan membawa dua ekor ular sawa berwarna keemasan yang ma­sing-masing seberat 30 kilogram dan 15 kilogram sebagai pertukaran.

 

 

Dalam tempoh itu, pengantin lelaki dilihat menghadap pa­sa­ng­annya dengan ular sawa yang terlilit di bahagian leher sebelum pengantin wanita pula menye­rahkan ular sawa kedua sebagai pertukaran.

 
Pasangan tersebut kemudian berpelukan dalam belitan salah seekor daripada ular sawa itu.

 

 
Pengantin lelaki, Wu Jianfeng berkata, apa yang mereka lakukan itu merupakan sebahagian daripada usaha mempromosikan hidupan liar di China.

 

 
“Jangan pukul ular sawa jika anda menemuinya di mana-mana kerana reptilia ini sangat jinak,” katanya.

 

 

Selain ular, pasangan tersebut menjadikan cicak, labah-labah dan burung sebagai binatang peliharaan.

 

 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Biro Ke­selamatan Awam di Jabatan Perhutanan China dilaporkan telah merampas kedua-dua ekor ular itu selepas gambar dan rakaman video pada majlis perkahwinan itu menjadi viral.

 
Walaupun reptilia tersebut tidak terdapat dalam Senarai Hidupan Liar Utama Kebangsaan yang dilindungi, penduduk China tetap tidak dibenarkan menyimpan hidupan liar termasuk repti­lia terbabit sebagai haiwan peliharaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.