Lori 5 Tan Untuk Bawa Lelaki Obesiti Ke Hospital Di Sibu

SIBU – Pegawai Kesihatan terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamatan untuk membawa seorang lelaki yang mengalami masalah obesiti ke hospital.

 

Lelaki berusia 33 tahun itu di kejarkan ke hospital Sibu setelah mengadu sakit di bahagian pinggang dalam kejadian pagi tadi.

 

Dia yang mempunyai berat 250kg itu dikatakan mengalami masalah untuk membuang air kecil sejak beberapa hari.

 

Disebabkan masalah itu lelaki tersebut dikatakan tidak mampu untuk berjalan sehingga memaksa keluarganya menghubungi pihak hospital bagi membolehkannya mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

 

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Sufyan Borhan ketika dihubungi berkata sejurus selepas menerima panggilan pada jam 11.30 pagi seramai 4 orang anggota dari balai Sungai Merah telah dikerah ke rumah mangsa yang terletak di Ulu Sungai Merah.

 

“Mangsa kemudiannya diletakkan diatas sekeping papan sebelum diangkat keatas lori tersebut” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.