Satu lagi tanda DAP laparkan kuasa

Pilihan raya yang awal di Selangor hanya memberi kesan kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud dalam masa kurang dari 20 bulan kemudian, Selangor akan mengadakan satu lagi pilihan raya yang lain untuk kerusi parlimen. Saya pasti pengundi tidak akan menyukai pembaziran dan kesulitan mengundi dua kali dalam tempoh dua tahun atau mungkin juga dalam tempoh setahun.

 

Penduduk Kajang akan mengundi sebanyak empat kali dalam masa lima tahun – sekali untuk DUN/Parlimen pada PRU ke-13 2013, sekali untuk DUN pada 2014, sekali untuk DUN pada 2016/17 dan sekali untuk parlimen dalam PRU14.

 

Kawasan mana lagi yang anda boleh mengundi hampir setahun sekali? Kajang boleh.

 

Saya percaya Lim Kit Siang mahu pilihan raya awal diadakan di Selangor dan Pulau Pinang dengan menjadikan persempadanan semula sebagai alasan, yang pada dasarnya adalah apa yang mereka mahukan jikalau Tokong disabitkan dan tidak lagi boleh berkuasa – sementara menunggu rayuan.

 

Saya berharap Menteri Besar, Datuk Azmin Ali akan bersetuju kepada DAP untuk pilihan raya awal di Selangor tetapi dengan syarat mereka tidak akan membenarkan pilihan raya awal di Pulau Pinang.

 

Dan PAS telah ditinggalkan sepenuhnya. – Lim Sian See

 

Tiada rundingan dengan PAS tetapi rundingan serta-merta dengan Pribumi.

 

DAP lebih suka sebuah parti berasaskan perkauman dan bukannya parti berasaskan agama dan tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan mereka.

 

DAP perlu berterus terang dan memberitahu penyokong tradisional mereka sekarang bahawa mereka menyokong hak bumiputera dan parti berasaskan diskriminasi dan bukannya sentiasa menggunakan sebab lama yang sama untuk menghentam BN.

 

Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 21 September 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.