‘Ratu Naga’ Dibawa Ke Balai Tengah Malam Untuk Soal Siasat

KUALA LUMPUR – Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai ‘Ratu Naga’ sekali lagi dikunjungi anggota polis pada tengah semalam selepas sebulan melahirkan seorang bayi perempuan.

 

Menurutnya, beliau telah menjelaskan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau masih dalam tempoh berpantang namun mereka tetap mahu membawanya ke balai polis Klang Selatan.

 

“Mereka berpakaian biasa tetapi memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

 

“Saya katakan kepada anggota polis terbabit saya masih dalam pantang namun mereka bertegas mahu bawa saya ke balai polis Klang Selatan. Saya pun bagi kerjasama (dengan mengikut mereka),” katanya kepada Malaysiakini.

 

Tambahnya lagi, beliau tidak diberitahu tujuan anggota tersebut membawa beliau ke balai polis.

 

Ketika itu, anggota polis berkenaan turut memasuki rumahnya di Jalan Kelang Lama untuk melihat sendiri bayinya yang baru berusia sebulan itu.

 

Kemudian beliau dan abangnya mengikut anggota polis berkenaan ke balai.

 

“Saya terpaksa tinggalkan anak saya yang baru sebulan dengan seorang lagi abang sulung,” katanya.

 

Sejurus selepas tiba di balai, beliau di soal berhubung posting berkaitan Sultan Pahang dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah mansor semasa majlis rumah terbuka Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Aidilfitri lalu.

 

Dalam pada itu, beliau mendakwa pihak polis mahu merampas telefon bimbitnya buat kali ketiga namun beliau membantah dan beliau meninggalkan balai polis kira-kira jam 3 pagi.

 

Pihak polis turut memaklumkan akan menyiapkan laporan dan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

 

Terdahulu, seramai 14 anggota polis dari Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyerbu rumah Syarul Ema pada 2 ogos lalu ekoran laporan polis terhadap posting di Facebooknya serta tiga akaun lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.